Bahaya Paip Gas Berkarat | LPG and NG 101
...

Sunday 7 August 2016

Bahaya Paip Gas Berkarat

Semasa pemeriksaan berkala bagi sistem gas LPG dan NG dijalankan, seringkali kami dapati sebahagian talian paip di kawasan tertutup mahupun terbuka berada dalam keadaan berkarat. 

 

Jika tindakan tidak diambil dengan segera, kesan karat pada paip ini boleh mengakibatkan kebocoran pada paip tersebut.  


Bahaya Paip Gas Berkarat
Paip gas di bilik sesalur (riser) kondominium




Antara punca yang menyebabkan paip gas mudah berkarat ialah akibat dari kerja-kerja mengecat paip yang tidak sempurna di awal pembinaan.

Kawasan yang susah untuk di akses seperti kawasan berhampiran dinding dan lantai kebiasaannya dicat secara lewa hingga menyebabkan paip tidak tersalut cat dengan sempurna.

Apabila terkena lelehan / percikan air yang berterusan, paip tadi akan berkarat dan mereput.


Bahaya Paip Gas Berkarat
Paip berkarat di kawasan tidak dicat dengan sempurna


Jika dibiarkan berterusan dan tidak dibaikpulih segera, ia boleh menyebabkan kebocoran pada paip seterusnya mengancam nyawa.

Hanya dengan sedikit sumber nyalaan dari puntung rokok, atau gegaran dari telefon bimbit mahupun percikan api dari geseran boleh mengakibatkan letupan.

Bahaya Paip Gas Berkarat
Letupan akibat gas tidak boleh diambil ringan

Bagaimana anda boleh mengelakkan perkara ini dari terjadi? 

Sentiasalah periksa bilik sesalur gas di premis / kediaman anda. Jika terdapat paip gas berkarat, maklumkan kepada pihak pengurusan dengan kadar segera. Tindakan ini boleh menyelamatkan nyawa komuniti dan kejiranan anda.

 


Muat Turun: "Maintenance and Routine Check Procedures for LPGSystem


Baca: Kepentingan Pemeriksaan & Ujian Kebocoran Paip Dilakukan Secara Berkala


Untuk maklumat lanjut bagi perkhidmatan LPG & NG, sila hubungi kami di 012-235 6461, 03-7725 7898, atau email ke info@castleteam.com.my



-------

Castleteam Services Sdn Bhd

LPG & NG Specialist Contractor - Bahaya Paip Gas Berkarat.

No. 3A-3A, Dataran Pelangi Utama, Jalan Masjid PJU 6A, 47400, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. 

Bahaya Paip Gas Berkarat

No comments:

Post a Comment