5 Langkah Mengesan Kebocoran Gas LPG | LPG and NG 101
...

Friday 23 September 2016

5 Langkah Mengesan Kebocoran Gas LPG

Tahukah anda, gas LPG sifatnya tidak berwarna dan tidak berbau? Tetapi untuk langkah-langkah keselamatan, gas ini telah diberi bau agar senang dikesan jika berlaku sebarang kebocoran gas LPG.


Gas LPG adalah lebih berat daripada udara. Oleh itu jika berlaku kebocoran pada paip atau tangki, gas LPG akan berkumpul di bawah berdekatan lantai, bukannya terapung naik ke udara.

5 Langkah Mengesan Kebocoran Gas LPG? 


Selain daripada menggunakan alat pengesan gas (gas detector) , ada cara yang lebih mudah dan ringkas boleh digunakan. Dan sesiapa sahaja boleh mencuba cara ini, iaitu dengan menggunakan AIR SABUN.

LANGKAH KESELAMATAN 


1. Jangan Panik - Jika anda mengesan sebarang bau gas yang bocor, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah JANGAN PANIK.  Jika anda berada di dalam rumah/ tempat tertutup, JANGAN sekali-kali membuka lampu atau menggunakan telefon bimbit. Sebarang nyalaan / geseran boleh menyebabkan letupan.


2. Pastikan Ada Pengudaraan yang Baik - Langkah utama adalah memastikan gas yang bocor dilepaskan ke udara dengan segera. Caranya, buka pintu dan tingkap agar pengudaraan di bilik tersebut lebih baik.

Langkah Mengesan Kebocoran Gas
Buka pintu & tingkap agar bilik lebih well-ventilated

3. Penyediaan Air Sabun -Sediakan air sabun denga cara mencampurkan cecair sabun dengan air paip. Masukkan air sabun tadi ke dalam botol spray


Langkah Mengesan Kebocoran Gas
Menyediakan Air Sabun


4. Ujian Tekanan  - Jalankan ujian tekanan ketika sistem talian paip berada dalam tekanan operasi. Anda boleh ON kan sistem gas.

Langkah Mengesan Kebocoran Gas
Credit: WikiHow

5. Semburkan / Basahkan tempat yang disangka bocor - Sembur ke tempat yang anda agak ada kebocoran.

Langkah Mengesan Kebocoran Gas
Lakukan Seburan


Jika ada berlaku kebocoran gas, akan timbul buih-buih pada tempat yang bocor tadi.

 

Video dibawah menerangkan secara amali bagaimana mengesan kebocoran gas menggunakan air sabun.



Untuk mendapatkan khidmat mengesan kebocoran gas pada talian paip, anda boleh hubungi kami di 012-235 6461 , 03-7725 7898 atau email ke info@castleteam.com.my


-------
Castleteam Services Sdn Bhd
LPG & NG Specialist Contractor
No. 3A-3A, Dataran Pelangi Utama, Jalan Masjid PJU 6A, 47400, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

1 comment:

  1. Ini bukan langakah mengesan kebocoran...ini tindakan keselamatan sekiranya berlaku kebocoran...apa daaaaa

    ReplyDelete